Bila dah hari akhir....

Hari last berpuasa...yeay,yeay..esok p raya rumah mieja...wah semangat tuan rumah...dah beli barang-barang untuk masak besok...tuan rumah nak masak mee kari katanya...tu tak dapat lagi cari kerang, tak payah susah-susah mieja..kita nak g beraya jumpa deme..kat kg tak sempat jumpa...ewah...alasan...padahal suka jer ehhhh

So hari ni...tak tahu dah nak makan apa tapi masih kena masak untuk anak-anak ..dorang kan tak sekolah hari ni..dah pagi tadi abang sendiri yang buat maggi goreng..bagus anak mommy dah pandai berdikari...

Aku masak apa erk hari ni..bila anak-anak tanya aku cakap aku buat nasi marah sebab dorang buat aku asyik marah jer..kejap bergaduh la..kejap berebut ni la...dah la suh solat tu..terhegeh-hegeh..nak kena ingatkan ajer...kalau la aku dah masuk kerja...mmm..raya sakan la dorang ni..

Alamak kenapa gambar ni jadi terbalik....ni la nasi ayam marah..abang danish punya...nasi tu sengaja jer yatie guna pewarna merah, nasi tu yatie guna air kiub knorr ayam dan halia ketuk, 2 3 dicampak dalam nasi tu...berasnya of course..sekarang tengah addicted dengan beras basmathi...(extra long gitu...)

Sayur tu buat tauge + carrot + chili hijau goreng ala teppayaki cuma tampah sos minyak ikan jer......

Ayam la yang special sebab ayam panggang ala kenny rogers...first time try..tapi guna ayam dah potong...ingat bila hubby balik baru panggang ayam seekor....yatie tak rasa lagi tapi abang danish cakap lagi sedap dari ayam kenny rogers...mak ai memang marbelles....

Mai tengok gambar jap....
mmm...its looks so delicious...kan,kan

Resipi yatie ambil dari che mid, dia ada berkongsi kat My Resipi
kita copy paste dulu eh...

Bahan-bahan ( Ayam saiz besar (8-10 orang) )

  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil) (yatie guna sebelah ayam dah dipotong)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia (ntah macamana, lupa nak letak...kui,kui)
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam (yatie takde stok sos lada hitam, so guna sos tiram campur serbuk lada hitam)
  • 2 sudu besar madu (melampau tak sebab guna madu khaula)
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran (yatie guna mix spice italiano)
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up. (yatie tak kisar, gaul sampai sebati jer dan lumur pada ayam nak diperap tu, so tak guna air)
  • Sedikit mentega (yatie tak guna mentega, yatie guna minyak zaitun)

Cara-cara

  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sebati.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.
  4. Sapu sedikit minyak keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis dan balikkannya...kalau guna grill secara berpusing sapu minyak sekali lagi dan rempah yang menitis supaya ayam tidak terlalu kering
  5. *****ikut suka nak makan dengan menu apa...Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, che mid menggunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita)
  6. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar (kesemua resepi boleh diperolehi di laman MyR ini). Selamat mencuba.
(yatie buat makan dengan nasi sebab dah 2 hari tak makan nasi...asyik mee jer eh) besok pun mee lagi ni....

mmmm...tinggal 2 jam lagi nak berbuka..tak sabar rasanya...kalau sedap boleh buat lagi...senang dan ringkas :)

Comments

mamawana said…
Assalam,

Sedapnyerrrr... nengok gambor pun dah rasa marbeles nyer puuuuuunnnnnnnnnn
Granny Hani said…
sure boleh try nih..bab makan akak memang minat.
Tq kak hani for coming here....sure,sure u will enjoy it!
mamawana, mai kita bermabelles gtu...

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu