Lagikan lidah boleh tergigit....

Mmmm...saya kena menulis bila saya ada idea...kalau tak,tak ada la update....
Peringatan untuk saya juga..sila sediakan buku kecik, kalau idea datang...kakaka...

Idea datang tak kira masa...even masa kita bersembang...datang mood nak berblog...tak kira masa...padahal..orang type aku ni ni..bukan la penulis sejati coz i prefer talking then writing...sampaikan dalam waktu aku jadi co-pilot hubby...aku cakap..ishhh...rasa nak updates blog...kenapa la tak amik laptop tadi katanya...tapi aku tak suka sebab tak boleh update secara terus...dan of course macam tak hormat dia pulak eh....kita dok berlappy dia drive..walaupun tak ada apa-apa dan tak kisah..jangan sesekali buat macam tu...sembang jer la apa nak sembang...dan sama juga..kalau hubby kat rumah of course...kalau boleh elak guna lappy...aku memang elakkan...not good, not good :P

Percaya tak orang berblog ni..dorang dah banyak tinggalkan life....
so life dorang tak ada menarik...macam aku..kakaka...sibuk dengan rumahtangga...sibuk dengan pergi kerja balik kerja...kalau la tak ada internet dan telefon (opsss..tu pun call n message dari hubby, kalau tak tak ada la)...konfem...macam dok dalam gua jer.....

Hari ni kul 5 pagi dah bangun..bangun utk sahur,bangun untuk susukan adam...teringat kat hubby sebab dia pun ada satu hari lagi nak puasa..secara sms tanya dah bangun...dah katanya...awal bangun aha bangun sahur...susukan adam juga...tadi ingat nak kejutkan tapi smlm awak kata tak nak berpuasa..so awal lagi jugak kalau nak suh bangun solat subuh...
itu la antara smsnya..

Dipendekkan cerita..kadang-kadang rumahtangga...pun juga memerlukan percakapan secara menulis..sebabnya...banyak sangat berfikir...jadi bila call atau berjumpa...sampaikan tak tahu nak cakap apa...maklum ler selama ni aku jer yang banyak cakap...opsss...talkative rupanya...ha,ha

Pernah i attending course tak igt dah course apa tp pasal kerja...tapi facilitator keep sharing about " yang mana dia sendiri prefer email eventho satu rumah...kalau selisih faham"...tapi kalau aku jadi bengang...bila aku luahkan secara mulut ke?secara bertulis ke? mmmm...tak ada la my housemate nak reply....ini dah jadi housemate...tapi masa cintan cintun....aku rasa aku la kekasih yang dipuja...setiap hari dapat kad yang pos...itu tak termasuk wake up call...mana tak cair erk...orang pujuk...macam-macam la...orang bercinta...seronok macam dunia ana yang punya la....

Tapi bagus kalau seorang tengah marah...seorang diam..kalau dua memuncak...kompen ada adegan libas melibas...kan kita jugak jadi mangsa....

mmm..seronok? gegirl..sila jangan fikir berlanjutan...bukan semua rumahtangga ada filem kung Fu..kakaka...nanti korang takut pulak....ada housemate merajuk...secara keluar rumah sebab tak nak panjangkan cerita....sebab dorang suka drama bersiri..maksudnya...berapa lama dah korang kahwin..tapi masih tak berubah.....asyik nak benda sama berlaku....

Aiyokkk mengantuk pulak...tapi kena buat segar sebab masa ni tak ada orang kacau...(adam pun sambung tidur)

Kenapa tak berubah?kenapa kita jer yang berubah? i mean..kalau dah asyik bende sama berlaku..may be boleh berubah dari hidup berkeluarga pergi ke single...contoh...dah nak berubah sangat kannn...hik2...may be lebih seronok duduk jauh....tapi hubbyku kata...ok apa kita pun jarang jumpa.....sebab dia selalu tinggalkan rumah...aku la yang penat...dah tak ada maid...nasib baik well manage...kain semua dah basuh..dah jemur, dan dah lipat..cuma tak iron lagi...pinggan mangkuk pun clear...bila time ni aku suka bila hubby ada kat rumah sebab dia ringan tulang...tak payah suruh, kalau dia malas tu dia tak buat la...so aku pandai-pandai la...merajinkan diri..maklum ler..dia pun masuk opis...sama-sama cari duit...pesanan..memang suami isteri perlu bantu membantu kalau yang sama-sama kerja...lagi la tak ada pembantu...kesian kat bini hang ok....kalau yang balik kerja terkam masak lagi...jaga anak...tut..tahu-tahu nak masuk tidur dah..tu tak bagitahu..yang kena kacau masa tidur lagi..kesian...10 tahun sama jer routine tu...kalau dah kawin 10 tahun...seronok???

Nak jadikan seronok tu la...kita kena back pada basic...bila ajer penat...ingat la zikir Fatimah...zikir ini rasullulah ajar pada fatimah ketika datangnya fatimah mengadu...bacala Subhanallah 33x,Alhamdullilah 33x dan Allahuakbar 33x. Insyaallah..pasti ringan bebanmu....

Dan dalam rumahtangga tak boleh la lagi macam keadaan orang bercinta...sebab masing-masing dah ada tanggungjawab..dan hari ni saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang bertanggungjawab dari segi zahir dan batin tutttt....ialah bukan saja dok bagi duit....jaga kami dengan baik...(mesti ada kata ia la tu..tak baik ok kalau aibkan housemate kita, yang tu biar la dosa dia dengan Allah, pesanan untuk orang lain..Allah berfirman, jika kita menjaga aib orang lain, pasti Allah akan menjaga aibnya) tak kira la siapa pun....walaupun dia musuh kita...suatu hari dulu sebab.....kita tak tahu lagi ....sila hayati...

BAGAIMANA PENGAKHIRAN HDUP KITA??
Apabila engkau melihat ahli mksiat,janganlah engkau menyangka bahawa engkau terlebih baik dari dia kerana engkau pun makhluk Allah & dia pun begitu juga.Boleh jadi,ahli mksiat itu mati husnul khatimah & boleh jadi engkau yang telah lama beramal soleh mati dlm suul khatimah.Sepatutnya apabila engkau menlihat ahli mksiat,jangan mudah engkau menuding jari mengatakan dia itu ahli neraka.

Apakah engkau tidak sedar bahawa Allah itu Maha Pengampun di atas dosa-dosa hamba-hambaNya?
~ Kredit for kak Norzi for sharing @ FB~

Kesimpulannya...cintai allah yang utama..Jaga la Allah..insyaallah Allah akan jaga kita :), tak perlu tau kita nak jaga orang lain.....dan tak perlu nak ubah....

“Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia.” Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” (Hadis Riwayat Bukhari)­

Ya Allah ya tuhanku, Kau tetapkan imanku, kau jadikan aku seorang hamba yang taat pada perintahmu...

wahai TUHAN...
ku tak layak ke syurgaMU...
namun tak pula
aku sanggup ke nerakaMU...
ampunkan dosaku terimalah taubatku
sesungguhnya ENGKAUlah pengampun dosa-dosa besar... (mmm..nak nyanyi lalu...sila teka lagu apa ni hik,hik)

Dan dalam rumah tangga tak boleh ada dendam...kalau ada dendam mula la nak ada perkara yang diluar jangkaan..contoh..kalau suami ada girlfriend....ehhhh...kita pun nak pasang boyfreind jugak..thats y kita tengok ada jer berita hangat kat Metro..isteri ditangkap khalwat...semua angkara dendam...

nak bagi hadis lagi ni...i tertengok kat wall sham kamikaze...bagus dia sekarang selalu ingatkan time waktu solat tanpa disedari....apa dia kata..salam fajr sahabat kut semua...ni bila time subuh...maklum le kadangkala kita lalai berfacebook..ada jugak orang remind eh....

ok back to hadis berdendam tu...
Barangsiapa meninggalkan sifat membalas dendam,maka Allah swt akan menggantikannya dengan perasaan lapang dada dan bahagia. Dalam pemaafan itu terdapat ketenteraman jiwa,ketenangan,kemuliaan,kebesaran dan ketinggian jiwa. Rasulullah saw bersabda,"Tidaklah Allah menambahkan kepada seorang hamba dengan sikap pemaafan,melainkan dia semakin mulia." (HR Muslim,2588)

Selagi kita bersikap ke'AKU'an,selagi itulah hati kita masih jauh dari sifat tawadhuk dan ikhlas. Carilah di mana kepentingannya ber'AKU'an di sisi Allah swt,sudah tentu kita jumpakan ayat2 Allah yg menerangkan kerugiannya. Semoga kita makin jauh dari sifat sedemikian Amin Ya Rabb.

Kredit to sham

Actually, tu la sikap kita sebenar....

Apa lagi erk nak share...Nanti kita sambung lagi bila idea datang...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu