Doa dan amalan untuk bangun awal

Actually this in sharing from my kids to me....(about malaikat qaihaq.)


Tidur adalah keadaan di mana roh kita keluar dari badan, dan ada ketikanya orang yang meninggal (bila roh itu tidak kembali ke badannya) semasa di dalam tidurnya. Oleh itu, kita haruslah sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Oleh itu, kita mestilah memulakannya dengan beristighfar:

a. Istighfar 3X

b. Mengucap

c. Al Fatihah

d. Zikir Fatimah - Allah hu Akhbar, Alhamdullilah, dan Subhanallah

e. Bacalah doa tidur, yang maksudnya, segala puji Allah yang menghidupkan dan mematikan daku.



Untuk mengelakkan tidur dari gangguan, disambung pula dengan:

d. Ayat Kursi

e. Al Ikhlas

f. Al Falaq

g. An Nas

Dibaca dan ditiupkan kepada dua-dua tapak tangan, disapu keseluruh badan. Buat 3X.

h. Bagus kalau disambung dengan Bismillah 21X.

Jika ingin bangun tidur pada waktunya (eg jika tiada jam loceng), bacalah

Ya qaihaq alaihissalam, kejutkan aku pukul ______

(Malaikat qaihaq adalah malaikat yang menjaga kita waktu tidur)


Teringat pesanan yang pernah disampaikan oleh Rasulullah SAW kepada isterinya Siti Aishah RA. Baginda diriwayatkan telah berkata, wahai Aishah, janganlah engkau tidur sehingga kau melakukan 4 perkara ini, pertama, setelah habis membaca seluruh isi Al-Quran. Kedua, mengambil aku dan para Nabi sebagai penolongmu di hari kiamat. Ketiga, sehingga semua orang Islam redha dan memaafkanmu. Keempat, hingga kau selesai mengerjakan umrah.

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa jika kita membaca surah Al-Ikhlas 3 kali samalah fadhilat dengan membaca keseluruhan isi Al-Quran. Bila kita berselawat ke atas nabi Muhammad SAW dari para nabi yang lain, maka mereka nanti akan membela keadaan kita di hari kiamat. Bila kita beristighfar dan memohon ampun untuk orang mukmin maka mereka juga akan redha terhadap kita kelak. Dan dengan membaca Allah hu Akhbar, Alhamdullilah, dan Subhanallah, samalah pahalanya seperti kita mengerjakan umrah.

Comments

Firman Allah:
“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu