Resipi Puding Gula Hangus aka kastard caramel

Perrrgggghhhh......telan air liuq rasa...tu i yang tengokkk....nasib dah makan....hik2

Dulu-dulu awal kawin...this is my feberet hubby....sekarang tak lagi....tapi bila-bila bulan puasa teringin jugak kan...mahal dah orang jual kat bazar...ni antar dessert yang menjadi santapan during Iftar kat rumah juga....

Semua menu kira-kira nak perhabiskan barang-barang kat dapur....so jom kita tengok apa bahannya....

Actually, sepanjang berkenal dengan caramel ni..tak pernah letak tepung kastard, biasanya...i guna telur 100%...so bila i terjah rumah siapa ntah...tak ingat minta maap...i pun mencuba la resipinya....opsss..kalau tak silap mama aqilah la....macam biasa i suka adjust, bahan-bahannya apa yang ada jer....

Bahan-bahan dan cara-caranya (copy paste from mama aqilah)


  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair, (saya guna 1 tin susu cair)
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik,(lebihan telur kuning buat pavlova ada la 4 biji)
  • 2 titik esen vanila
  • 5 sudu besar gula

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masakkan gula ke dalam kuali. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur 3 biji dan 4 biji telur ambil kuning telur sahaja ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula halus sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.(Esen vanilla tu jangan banyak sangat nanti terasa sangat essen setitik dua cukup..... tapi mama aqilah oter sikit.. taruk sesudu kecil tepung kastard...yatie pun tiru jugak..)
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur yang di kacau dengan guna tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit(Ngam-ngam 30 minit mama angkat)
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.


Boleh la kan...janji gambar terbukti....sudah...tapi bila letak ceri dan buah peach sedap bangat jadinya...You olls should try ok...memang marbelles!

Comments

Qaseh Qistina said…
yummy..sedap nih..tp yg ada telor ni ada yg kureng nk makan kt umah tu..so, cari resepi yg x pakai telor.guna agar2..hehe
yatie pun ada beli yang instant caramel...tak perlu guna telur...tapi tak cuba lagi...

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu