Aku Baru Makan Garam

mmm....aku tak layak pun nak bagi komen lebih-lebih....tapi nak jugak buat entry ni....

Sekarang zaman internet, zaman orang boleh berkata apa saja...walaupun di alam maya...

Tak terkecuali aku, aku pun kalau aku nak cakap apa pun aku cakap jer...oucchhh...outspoken ropanya....hik,hik...no this is my way...hati kita baik tau....

Dalam dunia penuh manusia yang berhasad dengki...siapa cepat dia dapat...siapa yang berusaha dan bertawakkal, Allah akan makbul...masa akubelajar dulu...ustaz n ustazah cakap org non muslim kalau diaorang berusaha...dan dia akan dapat la apa yang dia inginkan...iya...sebab kita sendiri nampak usahanya...tapi dia dengan cara agama dia pulak...orang kita...baru senang sikit ...mudah lupa...hidup ini perlu muhasabah....

Terpanggil aku untuk buat entry ni...bukan la menyokong mana-mana perbuatan yang nak menipu orang....contoh pagi ni baca tentang MLM....kita tak tahu kesahihannya...even aku pernah tengok pasal unit trust....nak dapat yang halal toyibbah sangat susah...lagi kisah Dr Azizan...mmmm...they have their own way...rezeki yang aku kerja pun....adakah sumber yang aku dapat 100% halal....mmm...lagi la goment...peruntukkan gaji pun masih lagi dari sumber yang sama....serius..takut oooo...jika kita cerita halal haram...

Bercerita lagi tentang rakan-rakan blogger...mmm...aku sendiri yang baru nak bertegar kembali ke alam blog, setiap apa yang aku dapat, aku buat...aku tahu...aku jadi excited untuk sharing...tapi di sesetengah blog, ada juga aku kira komen development....walaupun ehem,ehem...orang dah mati pun dihinanya....aku sendiri tiada jawapan...tapi ianya lebih kepada aib sipolan, Nauzubillah....

Diri aku sendiri pun tak terkecuali...anggap la itu adalah keaiban kita yang lalai dengan Allah....

Walau macamanapun kita boleh tengok daripada keberkatan hidup...jika kita jaga Allah, Allah akan jaga kita...

Keberkatan hidup datang dari pelbagai...kita diberi kesihatan, juga melambangkan hidup kita berkat :), lagi la diberi rezeki harta...rezeki anak-anak..dan sebagainya...

dan jika kita diberi dugaan janganlah kita bersalahsangka dengan Yang Maha Agung...percaya la, ALLAH ingin memberi yang terbaik untuk kita, oleh itu jangan kita leka.....

Dan yang aku sendiri masih tidak sempat memahami ayat-ayat Al-quran...bila aku nak aku cari..KPI 4 aku disisi ALLAH..Al-Quran adalah segala ubat dan panduan untuk kehidupan kita...Astaqfirullahalazim....

Zikir juga pencuci darah dan hati kita....hebatkan....solat adalah terapi.....jika sempurna solat kita, insyaallah...minda kita juga bersih....membaca Al-quran sebagainya....

Bersangka la baik dengan apa yang Allah aturkan...


ثلاث لازمات لأمتي : الطيرة ، والحسد ، وسوء الظن " . فقال رجل : ما يذهبهن يا رسول الله ! ممن هو فيه ؟ قال : " إذا حسدت فاستغفر الله ، وإذا ظننت فلا تحقق ، وإذا تطيرت فامضه
Ertinya : Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku : mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk" Lalu seorang lelaki bertanya : "apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?" Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku, abaikan dan jangan endahkannya" ( At-Tabrani, no 3227, 3/228 ; Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)

Comments

well said tie, good job ;-)
Assalamualaikumwbh...atas apa yg kita miliki sebenar2nya, bukan atas usaha kita, usaha hanyalah ibadat..itu yang Ustaz Azhar ajar, dalam kitab mentauhidkan Allah...Rezeki, nikmat semu adalah milikNYA jua...

Mengingatkan diri sendiri terutamanya....Insya'Allah...di atas apa yg berlaku akan ada hikmah tersirat di sisiNYA....

I am happy u are storng enough...day to day dear....take care ya!

Popular posts from this blog

Rahsia Pantang Mommy Adam

Allah mencatur rezeki kita….

Syurga Makanan di Kuala Terengganu